PENGENALANAgama memainkanperanan yang penting dalam kehidupan manusia sama ada lelaki atau perempuan.Pada zaman yang moden ini, ramai manusia yang mendekatkan diri dengan agamauntuk mencari sesuatu ketenangan.

Agama juga digunakan oleh manusia sebagaitempat untuk melupakan segala masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan. Bagimanusia sama ada lelaki atau perempuan, agama merupakan satu keperluan yangtidak dapat dielakkan.  Karl Marx iaitu salah satu ahli sosiologi yangterkenal pernah menggambarkan agama sebagai candu. Beliau menyatakan bagaimanamasyarakat pada ketika tersebut menggunakan agama sebagai tempat untukmeluahkan perasaan serta masalah mereka. Ramai penganut Kristian pada ketikaitu berkunjung ke gereja untuk meluahkan masalah serta perasaan mereka. Apabilapenganut-penganut Kristian ke gereja, mereka lupa akan masalah yang dihadapi olehmereka. Hal ini menyebabkan Marx menyifatkan agama sebagai candu di mana iaboleh menyebabkan masyarakat menjadi mabuk dan lupa masalah-masalah yangdihadapi oleh mereka.  Agama Kristian merupakan antara agama yangterbesar di dunia.

Agama Kristian mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.Menurut kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center’s Religion and PublicLife Project (2012), 31.5% penduduk di dunia ini adalah penganut agamaKristian. Agama Kristian dianuti oleh ramai penduduk di dunia adalah keranamereka tertarik dengan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh pengasasnya iaituJesus. Jesus juga dikenali sebagai Christatau Yesus. Dalam membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama, isu-isu genderadalah tidak dapat dielakkan.

Dalam agama Kristian juga terdapat isu-isu yangdibincangkan berkaitan dengan peranan lelaki dan perempuan. Pengkajimemilih agama Kristian untuk dijadikan sebagai fokus untuk mengkaji tentangkedudukan wanita dalam agama ini. Dalam mengkaji kedudukan wanita, pengkajiakan memberi tumpuan kepada peranan wanita dan lelaki dalam aktiviti pemujaansama ada di rumah atau gereja. Selain itu, pengkaji juga akan melihat kepadalarangan-larangan tertentu bagi wanita dan lelaki. Seterusnya, pengkaji jugaakan melihat kepada sama ada terdapat keseimbangan gender antara wanita danlelaki dalam agama Kristian ini. Akhir sekali, pengkaji akan memberi fokuskepada kedudukan wanita dan lelaki pada masyarakat hari ini yang dipengaruhioleh tahap pendidikan dan perkembangan semasa. ULASAN LITERATURKonsep GenderGender merujukkepada idea-idea serta amalan-amalan yang ditentukan secara sosial olehmasyarakat tentang bagaimana untuk menjadi seorang wanita dan bagaimana untukmenjadi seorang lelaki.

Gender juga dilihat dari perspektif bagaimana biologiseseorang individu dihargai dan bernilai dalam sesebuah budaya sertaditafsirkan kepada idea-idea yang dapat diterima oleh masyarakat setempattentang bagaimana untuk menjadi seorang wanita atau lelaki. Gender dankekuasaan hierarki antara wanita dan lelaki adalah dibina secara sosial dantidak diperoleh sejak daripada lahir (Reeves dan Baden, 2000).  Gender merupakan sesuatu yang dilakukan olehindividu pada setiap hari (Holmes, 2007).

Holmes (2007) mengatakan bahawagender merupakan peranan atau role yang dipersembahkan oleh individu dalamkehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, wanita berkelakuan sopan danmeluangkan masa di rumah dengan menjaga anak serta memasak untuk ahli keluargayang lain. Para lelaki pula dikehendaki untuk mencari punca pendapatan untukkeluarga dan menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Peranan yangdijalankan oleh para wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian merekamerupakan ekspektasi sosial masyarakat terhadap mereka.

Oleh itu, Holmes (2007)menyatakan bahawa gender merupakan sesuatu yang dilakukan oleh individu samaada wanita atau lelaki pada setiap hari.  Gender merupakan konstruksi sosial dalammasyarakat. Gender tidak ditentukan sejak seseorang individu dilahirkan tetapidibentuk atau dikonstruk oleh budaya atau adat yang diamalkan dalam sesebuahmasyarakat. Gender merupakan persepsi, perlakuan serta tindak tandak individuyang terhasil daripada proses sosialisasi yang berbeza dari segi peranan,tanggungjawab, pengagihan kuasa, sumber-sumber dan hak-hak di antara lelaki danperempuan. Gender adalah berbeza dan ia boleh berubah mengikut masa. Genderjuga merupakan persepsi seseorang tentang sifat-sifat lelaki dan perempuan.

Sebagai contoh, seseorang lelaki haruslah kuat, garang, maskulin manakala perempuanharuslah lemah lembut, bersopan santun dan feminin. Konsep AgamaPerkataan agamaberasal dari bahasa Sanskrit yang bererti “tradisi”. Perkataan agama juga dapatdisamakan dengan perkataan “religion”dalam bahasa Inggeris, “religie” dalambahasa Belanda serta “religio”berasal dari bahasa Latin yang bermaksud mengikat. Menurut Taylor (1871) dalam bukunya yangbertajuk “Primitive Culture”, agamaini merujuk kepercayaan kepada “SpiritualBeings”. James (1985) mengatakan bahawa agama merupakan perasaaan,perbuatan atau pengalaman yang dirasai oleh individu-individu serta sejauh manamereka memahami hubungan antara diri mereka dengan sesuatu yang dianggapsebagai berkuasa. O’dea (1966) pula menggambarkan agama seperti budaya di manaia adalah perubahan pengalaman simbolik. Agamabiasanya merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Selain itu, ia juga merujukkepada kepercayaan terhadap sesuatu kuasa ghaib atau kuasa sakti seperti dewa. Agamamerupakan satu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agamamerujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini adalahmengenai aspek ketuhanan.

Agama melibatkan sebuah komuniti manusia.  Agamaboleh dikesan melalui beberapa fenomena dalam masyarakat. Pertama, agama bolehdilihat melalui perlakuan dalam kalangan masyarakat seperti bersembahyang,perayaan dan upacara. Orang yang beragama mempunyai sikap yang baik sepertihormat-menghormati serta anggapan yang suci dan bersih terhadap agama. Fenomenaagama ini juga dapat dikenal pasti melalui pernyataan seperti jampi, manteradan kalimat suci serta benda-benda material iaitu masjid, gereja, azimat dantangkal. Agama juga merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arahkehidupan yang sempurna. Justeru, agama telah diwujudkan untuk memenuhi keperluanmanusia.  Agama dapat dibahagikan kepada agama samawidan agama budaya.

Antara agama samawi adalah agama Islam, agama Kristian danagama Yahudi. Agama-agama ini dikatakan sebagai agama samawi adalah keranaagama ini bersumberkan wahyu daripada Tuhan. Agama ini juga mempunyai Rasulmereka yang tersendiri. Sebagai contoh, Nabi Muhammad merupakan Rasul kepadaagama Islam. Agama budaya pula merupakan agama yang tidak bersumberkan wahyu.

Antara agama yang termasuk dalam agama budaya ini adalah agama Buddha dan agamaHindu.      ASAL USUL AGAMA KRISTIAN Menurut Ulfat Aziz(1976) di dalam bukunya yang bertajuk “TheGreat Religions of the World”, agama Kristian adalah berkisar tentangperjalanan hidup Nabi Isa atau JesusChrist. Jesus dikatakan berketurunan Yahudi.

Sebekum kehadiran Jesus, kaumYahudi merupakan pengikut kepada Nabi Musa atau dikenali sebagai Moses. NabiMusa ini menggunakan kitab Taurat untuk menyampaikan ajaran beliau. Dalam kitabtersebut, ia mengandungi hukum hakam dan syariat Nabi Musa yang diperintahkanoleh Tuhan kepada bani Israel. Tuhan menurunkan Jesus atau juga dikenali sebagaiNabi Isa kepada bani Israel untuk mengembalikan mereka kepada jalan yangsebenar. Hal ini kerana penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam kalanganbani Israel telah menyebabkan kelalaian dan kejahilan berleluasa. Jesusditurunkan untuk menyelamatkan mereka daripada semua penyelewengan dan penipuanini. Kehidupan JesusJesus dikatakanlahir di Palestin. Kelahiran beliau ini dianggap sebagai suci.

Hal ini keranabeliau dilahirkan oleh ibu beliau yang merupakan perawan ataupun anak dara. Ibubeliau yang bernama Siti Mariam (Maria) melahirkan Jesus tanpa bapa (UlfatAziz, 1976). Kerasulan Jesus dikatakan bermula semasa beliau berumur 30 tahun. Jesusamat gigih dalam menyampaikan ajaran beliau kepada para Yahudi. Ajaran beliauyang menyeru agar kaum Yahudi berbalik semula kepada ajaran yang sebenar telahdapat diterima baik oleh kaumnya.

  Oleh sebab ajaran yang disampaikan oleh Jesusditerima dengan baik oleh kaum Yahudi, maka pengaruhnya berkembang dengan cepat.Hal ini menyebabkan para ulama Yahudi berasa kedudukan dan pengaruh merekatercabar dan terancam. Maka, para ulama Yahudi telah mempengaruhi pihakberkuasa Rom yang memerintah Palestin pada ketika itu untuk menangkap Jesus. Paraulama Yahudi menyatakan bahawa Jesus merupakan seorang aktivis yang bahaya dan iaakan mengancam kedamaian dan keharmonian.

 PihakRom ketika itu berjaya diperdayai oleh para ulama Yahudi. Hal ini kerana merekabimbang akan berlakunya perebutan kuasa jika pengaruh Jesus terus berkembang. PihakRom telah menangkap Jesus pada tengah malam. Tuduhan yang dibawa terhadapnyaadalah beliau mendakwa bahawa dirinya sendiri merupakan “The King of Jews”. Hal ini menyebabkan Jesus dijatuhkan hukumanmati di mana beliau telah disalib (Ulfat Aziz, 1976). “Good Friday” ini telah diraikan oleh penganut Kristian sebagaitanda mengingati Jesus yang telah disalib. Selain itu, penganut Kristian jugapercaya bahawa Jesus telah dihidupkan semula oleh Tuhan pada hari Ahad dan harikebangkitan ini dikenali sebagai “EasterDay”.

 Ajaran JesusJesus dikatakanbukan pengasas kepada agama yang baru tetapi beliau datang untuk menghidupkansemula apa yang telah diajar oleh nabi-nabi sebelum ini (Ulfat Aziz, 1976). Jesussendiri yang menyatakan “Think not that Iam come to destroy the law, or the prophets; I am come not to destroy, but tofulfill” (St. Matthew, 5:17-19). Jesus diturunkan untuk mengembalikan kaumYahudi supaya berbalik semula ke jalan yang sebenar.

Jesus menyampaikan ajaranberkaitan dengan Tuhan merupakan seorang yang sangat penyayang dan Tuhan sayangkepada semua manusia. Hal ini kerana pada ketika tersebut terdapat sesetengahkaum Yahudi yang menganggap Tuhan adalah sangat jahat. Jesus membetulkan semulapersepktif tersebut dengan mengatakan Tuhan adalah sangat baik dan penyayang(Ulfat Aziz, 1976). Ajaran yang disampaikan oleh Jesus adalah agama yang datangdaripada Tuhan. Ajaran yang disampaikan oleh beliau adalah sama seperti ajaran-ajaranyang disampaikan oleh nabi-nabi sebelumnya. Jesus datang untuk menghidupkansemula agama Tuhan yang sebenar dan menjadikan kaum Yahudi sebagai penganutyang benar (Ulfat Aziz, 1976).

 Perkembangan KristianitiPengikut Jesuspada mulanya dikenali sebagai Nasrani (Nazarenes). Perkataan “Kristian” wujud kira-kiraseratus tahun kemudian di Antioch (Ulfat Aziz, 1976). Saul atau Paul merupakanseorang ulama Yahudi yang paling taksub memerangi Jesus dan pengikutnya. Selepasketiadaan Jesus, Paul sangat aktif menyertai gerakan ajaran Jesus. Hal inimenimbulkan keraguan orang ramai kerana sebelum ini Paul sangat aktif memerangiJesus dan pengikutnya.              Setelah Paul memeluk agama Kristian, beliaumengembangkan ajarannya kepada orang melalui bantuan daripada rakanya dan jugaanak muridnya iaitu Barnaba dan Luke.

Pada mulanya, ramai pengikut Jesus yangmenentang Paul. Sesungguhpun begitu, Paul tidak pernah putus asa dalammenyampaikan ajaran beliau. Paul menggandakan usahanya lagi dengan menyampaikanajaran beliau sehingga ke beberapa buah negara seperti Asia Kecil, Cyprus dan beberapabuah negara lain seperti Rom ([email protected], 1996). Akhirnya, usaha beliauberjaya menarika ramai pengikut. Ajaran Paul ini menjadi asas kepadakepercayaan agama Kristian.Ajaran Baru PaulSelepas Paulmenjadi semakin terkenal dan diterima oleh orang ramai.

Paul telah menggunakankesempatan ini untuk mengajarkan satu ajaran yang baru iaitu beliau mendakwabahawa Jesus merupakan anak Tuhan. Jesus telah dihantar oleh Tuhan untuk menebussemua dosa manusia yang telah diwarisi daripada manusia pertama iaitu Adam. Pauljuga menyatakan bahawa sesiapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus ini akandapat diselamatkan di dunia dan juga akhirat. Selain itu, dalam ajarannya jugaterdapat Triniti ataupun dikenali sebagai Tritunggal, pensaliban Jesus di kayusalib adalah untuk penebusan dosa warisan, tidak perlu berkhatan serta tujuhdoktrin Paul ([email protected], 1996). Kewujudan Gereja ProtestanPada tahun 1024, gereja Barat di Rom telah berpisah dengangereja Timur atau lebih dikenali sebagai Ortodoks yang berpusat di Iskandariah.Hal ini kerana berlakunya percanggahan pendapat berkaitan dengan Tuhan RohKudus.

Perpecahan gereja yang kedua berlaku pada tahun 1500 apabila seorangpaderi German yang bernama Martin Luther memprotes karenah gereja di Rom. Halini berkaitan kutipan pembiayaan pembesaran gereja Rom dengan penebusan dosa. Pemprotesanbeliau ini menyebabkan wujudnya gereja Protestan di mana gereja ini menganggapbahawa gereja Katolik adalah sesat.  Kemudian, gereja Protetstansemakin bertambah sehingga mencapai jumlah yang banyak. Antara gereja-gerejatersebut adalah gereja Baptis, Metodis, Sidang InjilBorneo, Seventh Day Adventist, Preybestryian dan lain-lain. GerejaKatolik pula hanyalah satu.

Penganut Kristian Protestan adalah sebanyak2 bilion di mana ia melebihi jumlah pengikut Kristian Katolik. Penganut Kristian Katolik di Malaysia tertumpu dikawasan-kawasan seperti Melaka, Lembah Klang, Sabah dan Sarawak. Peranan Wanita Dan Lelaki DalamAgama KristianMenurut Kohara (2006), Kristian adalah agama yang selalu terlibat dalam isu-isu yang berkaitan dengan wanita dan agama. Hal ini kerana wanita Kristian mula menegaskan bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak yang sama dengan lelaki. Dalam gereja-gereja Kristian kontemporari dan di dalam bidang teologi yang difailkan, tema yang berkaitan dengan wanita telah mula mendapat banyak perhatian.

Seseorang akan dikritik jika isu berkaitan wanita dilihat daipada perspektif lelaki dan bukannya wanita. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mempertimbangkan perspektif wanita. Apabila berbicaramengenai kesaksamaan lelaki dan wanita, pelbagai pandangan diberikan terutamamelibatkan peranan masing-masing yang ada perbezaan dan persamaan. Dewasa ini,sudah berlaku perubahan antara dua posisi, iaitu kedudukan wanita dalam gerejadan masyarakat. Kedua, pandangan tentang peranan wanita dan statusnya. Pertama,wanita hanya sebagai ibu rumah tangga merupakan fahaman tradisional. Kedua, wanitabekerjaya yang bererti bahawa wanita dapat mengambil bahagian dalam fungsisosial atau masyarakat sebagaimana kaum lelaki.

 Kini, terdapat perubahan dalam budaya dan masyarakat moden. Dalam dunia sekular, corak peranan lelaki dan wanita telah mengalami perubahan besar. Gereja yang terpencil juga terlibat dengan perubahan ini. Pihak gereja kini mempunyai peluang untuk meneliti semula isu-isu yang mempunyai pemikiran lama. Melalui penelitian semula, pengajaran Al-Kitab yang tersembunyi atau diputarbelitkan dapat dipulihkan dan berbicara dimensi baru.

Laporan ini akan mengkaji peranan wanita dalam kehidupan gereja dan persoalan wanita berkhidmat di pejabat gereja (Associate Reformed Presbyterian Church, 2005).  Hal ini berdasarkankepada gereja yang sudah mula menerima perempuan dan lelaki memiliki kesetaraandalam bidang kepimpinan. Ramai yang telah menerima perempuan sebagai pendetaatau gembala sidang, dan pengajar yang sama rata dengan lelaki. Kebanyakan umatKristian telah menerimanya sebagai fakta dan menjadi sebahagian sejarahkekristenan di pelbagai negara.

  Secara umum, gereja-gereja Liberal menerimaperempuan sebagai pemimpin dan menempatkan kesejajarannya dengan lelaki. Namunbegitu, ia tidak dapat mengubah norma dan budaya suatu daerah dalam halkesaksamaan lelaki dan perempuan. Contohnya, setiap suku dan bangsa mengakuibahawa lelaki merupakan ketua rumah dalam sesebuah rumah tangga. Semoden apapun peradaban manusia di sesebuah negara, anggapan ini selalu melekat dalamdiri setiap anggota masayarkat. Namun begitu, lebih ramai wanita yang menghadiri ibadah daripada lelaki.Hal ini kerana jumlah mereka adalah lebih banyak daripada lelaki. Sementaraitu, Max Weber menyatakan bahawa wanita mempunyai kecenderungan keagamaan yangberbeza dengan lelaki.

Golongan wanita menunjukkan daya reseptif yang kuatterhadap semua hal keagamaan kecuali yang berorientasikan ketenteraan. Webermenambah lagi bahawa wanita cenderung untuk mengambil bahagian dalam kegiatankeagamaan. Justeru itu, kita dapat melihat bahawa wanita memainkan perananpenting di gereja.  PERANAN WANITA DI GEREJAWanita dalam Gereja TradisionalWanitaselalunya dilihat sebagai objek seks kepada lelaki. Wanita dieksploitasi danditindas kerana mereka dianggap sebagai harta benda lelaki. Masyarakattradisional Afrika menganggap wanita sebagai kelas kedua (second class).

Wanita juga sering dikaitkan dengan beberapaperkataan seperti dapur, periuk yang lama, lembu serta anjing. Hal ini menunjukkanbahawa wanita dipandang hina dan berada di kedudukan yang rendah dalammasyarakat tradisional Afrika (Daniel, 2010). Dalam sesebuah budaya pula,masyarakat beranggapan bahawa wanita tidak berkelayakan untuk mendapatpendidikan. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa wanita tetap akan berkahwindan bukan kepunyaan keluarga selepas wanita berkahwin (Daniel, 2010).

Olehsebab wanita mempunyai harga diri yang rendah serta dipandang hina olehmasyarakat, maka hal-hal kepimpinan diserahkan kepada lelaki. Jadi, wanitabanyak melakukan kerja-kerja di gereja berbanding dengan lelaki yang menjadipemimpin (Daniel, 2010). Wanita Dalam Gereja AwalMenurut Gasque (1988), terdapat banyak contoh di mana wanita sebenarnya terlibat dalam tugas-tugas yang penting, bahkan dalam peranan kepimpinan dalam gereja awal. Sebagai contoh, sangat jelas dari 1 Korintus 11 dan dari Kisah 21: 9 bahawa wanita berdoa dan berkhutbah di gereja awal. Oleh itu, sangat jelas, bahawa wanita di gereja awal telah memimpin dalam upacara doa dan melakukan ramalan.

 Gasque (1988) juga memberikan contoh di mana Paul dalam Roma 16: 1-2 menyebutkan teman baiknya, Phoebe, yang disebut “seorang diakon.” Terjemahan cenderung memanggilnya sebagai “deakoni” atau hanya “pelayan” gereja: kata yang digunakan adalah perkataan yang sama diterjemahkan ke tempat lain “diakon”; dan ia adalah perkataan sama yang biasanya diterjemahkan dalam Perjanjian Baru sebagai “penambang.” Ia dikaitkan dengan idea asas tentang apa yang dimaksudkan sebagai seorang menteri Yesus Kristus (lihat Markus 10:45). Paul juga bercakap mengenai Phoebe sebagai “penolong” di gereja (prostat Yunani, lebih baik diterjemahkan sebagai “penjaga” atau “pelindung”, dan sekali lagi adalah perkataan yang menunjukkan kedudukan kepimpinan di gereja awal. (Teks-teks lain yang bercakap mengenai wanita yang berkongsi diakon ialah 1 Timotius 3: 11, 1 Timotius 5: 3-16 dan Titus 2: 3).                Gasque (1988) juga mendapati wanita terlibat dalam penginjilan dan pengajaran.

Semua wanita ini merupakan sahabat kepada Paul. Sebagai contoh, dalam Filipi 4: 2,3 pasangan yang disebutkan, Euodia dan Syntyche, yang “telah bekerja bersama-sama dengan saya dalam Injil.” Hal ini bermakna bahawa mereka terlibat bersama Paul dalam penginjilan sebagai perintis. Gasque (1988) menambah lagi Roh Kudus diberikan dalam pengajaran Perjanjian Baru kepada kedua-dua lelaki dan wanita tanpa pembezaan. Roma 16: 7 menyebut pasangan yang “terkenal di antara para rasul” – dan dalam pengertian Paul, salah satunya adalah bernama Andronicus. Nama tersebut merupakan salah satu contoh seorang rasul wanita di gereja awal.

               Pemandangan tradisional menganggap bahawa wanita di gereja dan di rumah selalu berada dalam penyerahan kepada lelaki dan di bawah kepimpinan lelaki. Contohnya, dalam I Korintus 11: 11-12, Paul menekankan prinsip saling bergantungan antara lelaki dan wanita. Ayat 5 menjelaskan bahawa wanita dibenarkan untuk berdoa dan berkhutbah dalam ibadah umum. Oleh itu, apa sahaja yang saya maksudkan dalam I Korintus 14, di mana Paul berkata wanita tidak bercakap, dan saya Timothy 2, di mana Paul berkata bahawa dia tidak membenarkan seorang wanita untuk mengajar atau mempunyai autoriti ke atas lelaki tidak boleh difahami sebagai larangan mutlak.

Teks-teks ini harus difahami dari segi apa yang sebenarnya dilakukan wanita di gereja awal dan dari segi prinsip-prinsip teologi asas yang lain (Gasque, 1988).

x

Hi!
I'm Erica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out