Pembangunan yang pesat dalam bidang
pendidikan memerlukan negara bersaing di peringkat global dan memerlukan rakyat
Malaysia meningkatkan mutu taraf pendidikan. Pembangunan yang mendadak dalam
pelbagai bidang ekonomi, politik, sains dan teknologi telah memacu negara untuk
membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang pendidikan.

Pelbagai dasar dan sistem
dibentuk bagi meningkatkan mutu pendidikan negara dan memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perlaksanaan
usaha-usaha ini memerlukan kesepaduan dan perlaksanaan yang seragam daripada
semua pihak. Usaha-usaha seperti ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan,
malahan ia memerlukan perancangan yang strategik, dasar perlaksanaan yang
tersusun dan dikemaskini mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Kini, isu-isu permasalahan
dalam pendidikan ialah aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang tidak seragam
menyebabkan keciciran pencapaian akademik terutamanya di sekolah luar bandar. Demi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, penambahbaikkan kandungan mata
pelajaran perlu diteliti semula. Kekurangan peralatan ICT dan kelemahan penguasaan
kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT semakin meluas berlaku dalam kalangan
guru telah mengakibatkan murid tidak bermotivasi dalam pembelajaran mereka.

Berdasarkan kajian lepas,
murid perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran agar dapat
belajar dengan lebih berjaya. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh para guru
atau pensyarah. Menurut Sarena Abdul Karim (2003), beliau menyatakan sistem
pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara
formal. Kebanyakan murid belajar teknik atau kemahiran belajar secara
kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini berlaku
disebabkan pelajar tidak mempunyai garis panduan yang khusus untuk menghadapi
pembelajaran mereka. Sedikit murid didedahkan dengan model gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar semasa di peringkat awal persekolahan. (Baharin Abu,
Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar, 2007).

x

Hi!
I'm Erica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out