1. PENDAHULUANProgramTransformasi 15 to 5 Armada TLDM merupakan satu tindakan berani pucuk pimpinanTLDM dalam mencapai kesiagaan yang tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi yangtidak stabil. Transformasi 15 to 5 ialah satu potential threat kepada negara serantau. Penggunaan 5 SkuadronKapal yang diperkenalkan adalah pendekatan inovasi yang realistik moden danmenyokong polisi pertahanan negara. Justeru, TLDM akan menerokai, membangun,menguji dan mengguna pakai konsep dan teknologi terkini sebagai kerangka untuktransformasi apabila berurusan dengan keupayaan Sistem Pertahanan Maritim masadepan. Walaupun pemerintah tertinggi mengaku kewangan, khususnya ketikakegawatan ekonomi menjadi kekangan utama bagi pasukan menukar aset lama kepadabaru dan meningkatkan teknologi, tetapi ia bukanlah alasan kepada TLDM untuktidak meningkatkan kesiapsiagaan, sebaliknya menghadapi cabaran itu denganmemastikan aset sedia ada dioperasikan secara optimum menerusi perancangan,budaya penyelenggaraan rapi serta latihan berterusan bagi mempersiapkan wargaTLDM yang berkemahiran tinggi mengendalikan aset sedia ada, mahupun yang bakaldiperoleh.

Justeru itu, pembangunan keupayaan warga tentera laut berkualitimenjadi satu agenda utama TLDM. Pengumuman oleh pucuk pimpinan tertinggimengenai Transformasi 15 to 5 menjadi penanda aras kepada warga TLDM keseluruhannya.Ini adalah satu wawasan daripada Panglima Tentera Laut (PTL) yang akan membawaperubahan besar dalam pentadbiran TLDM. Tindakan berani ini dijangka akanmemberi perubahan dari semua aspek dalam organisasi pemerintahan pertahanannegara. Perubahan yang paling ketara ialah tindak balas pemimpin tertinggi TLDMuntuk merealisalikan langkah penjimatan yang disarankan oleh kerajaan Malaysiabuat masa kini. Transformasi yang diperkenalkan oleh PTL akan dapat memberipenjimatan dalam semua aspek, terutama penjimatan dalam aspek kos senggaraan.

Aset-aset yang sedia ada memerlukan kos senggaraan yang tinggi memandangkankekerapan aset-aset ini mengalami kerosakan setiap kali kembali daripadaoperasi atau penugasan. Disamping itu juga, aset-aset yang lama ini memerlukankos pengoperasian yang amat tinggi. Disini bukan sahaja berlakunya pembazirandari segi kos sahaja, namun ianya juga berlaku pembaziran tenaga manusia. Halini adalah kerana aset-aset yang sedia ada ini memerlukan perhatian yang lebih danamat sensitif.

Ia memerlukan anggota yang lebih ramai. Namun dengantransformasi ini, ia akan meminimumkan penggunaan tenaga manusia dalampengoperasian. 2. TUJUAN            ProgramTransformasi 15 to 5 dilihat sebagai satu langkah progresif TLDM dalammembentuk semula angkatan laut negara kita dengan penyelarasan dan penyusunansemula armada.

Rangkaan masa depan TLDM memperlihatkan streamlining of fleet dan peningkatan tahap pelbagai guna pada satujenis platform. Dalamrangkaan ini kita bakal melihat tunjang utama angkatan laut kita akan tertumpupada LCS serta NGPV yang mana ia akan melengkapi keperluan peperangan 4 dimensiyang bakal dihadapi TLDM di masa depan. Areaair defence dilihat sangat kritikal dalam senario serantau yangmemperlihatkan armada terdedah kepada ancaman stand off weapon dari pesawat tempur dan pesawat pengembom1.Dibawah program ini tidak hanya berlaku perubahan kepada asset-aset perkapalansahaja malah melibatkan keseluruha insfrastruktur TLDM. Seharusnya setiapanggota TLDM perlu tahu dan faham mengenai Program Transformasi 15 to yangPanglima Tentera Laut perkenalkan ini. 3. PERBINCANGAN                       Cabaran untuk TLDMmentransformasikan daya pemikiran navy people ke arah pemikiranbertaraf dunia sejajar dengan wawasan TLDM untuk mencapai status WorldClass Navy.

Transformasi 15 to 5 juga akan melahirkan tenaga mahir darikalangan anggota TLDM itu sendiri, ini akan dapat direalisasikan denganmenghantar anggota keluar negara untuk menjalani latihan dan seterusnya anggotayang telah diberi latihan di luar negara ini akan melatih anggota yang bakalmengisi perjawatan di kapal-kapal yang baru ini kelak. Disamping itu jugakapal-kapal baru ini dibina di dalam negara kita sendiri dan mengguna kepakarantempatan. Ini semua jelas dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kitadengan tenaga pakar asing.

Jelas disini kebergantungan TLDM kepada kepakaranasing akan dapat diatasi. Disamping itu akan melahirkan pakar-pakar tempatanyang mampu membina kapal-kapal perang dan sistem mengikut acuan kita sendiri. Usahaini akan menjadi kenyataan kerana kita sendiri telah mempunyai pusat latihan sepertiKD PELANDOK (KDP) dan KDSI 1 yang juga telah mencipta sejarah mereka yangtersendiri  apabila diiktiraf sebagai Institut Latihan Maritim (ILM) olehJabatan Laut Malaysia.  Pengiktirafan kepada KDP yang merupakan PusatLatihan bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM dan KDSI 1 adalah PusatLatihan bagi Pegawai-pegawai TLDM.2                       Seterusnya kesanpositifnya ialah kita dapat mengurangkan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaanmengurus disini merangkumi semua aspek termasuklah perbelanjaan pemantauanpembinaan kapal, sekiranya pembinaan kapal dibuat dalam negara, ini akanmengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Pergerakan anggota yang memantaupembinaan hanya dalam negara. Pemantauan pun akan dapat dilakukan dengan lebihsistematik dan berterusan. Sekiranya pembinaan kapal-kapal terus dilakukandiluar negara, ini akan memberi lebih cabaran kepada pihak pengurusan, banyakkos mengurus yang pihak kerajaan perlu sediakan dan kekangan lain juga akantimbul. Penyusunan semula armada juga dilihat akan meningkatkan motivasi semuawarga TLDM khususnya masyarakat setempat amnya. Usaha Pemimpin Tertinggi TLDM ingin menjadikanTLDM sebuah organisasi pertahanan maritim yang terunggul di rantau ini dankelihatan tidak putus asa untuk terus merancang dan memantapkan strukturorganisasinya walaupun dalam suasana perolehan aset tempur yang agak perlahan.  Denganstruktur organisasi pemerintahan seperti mana yang ada pada hari ini, TLDMdijangka tidak mempunyai masalah untuk tampil sebagai sebuah angkatan laut yangkredibel di rantau ini, jika kerajaan bersedia membeli lebih banyak lagi aset-asettempur dan persenjataan yang diperlukan oleh TLDM dalam usaha mengukuhkanpertahanan di wilayah-wilayah laut yang dipertanggungjawabkan.

Pengwujudan markas-markaspemerintahan yang baharu dijangka memberi ruang yang cukup luas kepadapemerintahan TLDM di peringkat tertinggi dan di peringkat markas memerhati danmengawal permasalahan dan keperluan yang boleh mengganggu hala tuju sertakelicinan proses ke arah pengeluaran produk perkhidmatan yang terbaik kepadaketenteraman negara.  Namun demikian, jika tiada perolehan ketarabagi menampung kekurangan yang sedang berlaku dalam flotila-flotila makastruktur yang kelihatan mapan ini mungkin akan kelihatan cantik di peringkatpentadbiran sahaja sedangkan tugas hakiki TLDM dalam menguatkuasakan pertahananmaritim tidak berada di tahap sebenar.                            Faktor politik dalaman dan geopolitik rantauan turut memberikesan kepada pelaksanaannnya. Tatkala ramai risau dengan kedudukan China diLaut China Selatan, Malaysia telah membeli kapal permukaan daripada negara tersebutuntuk memenuhi aspirasi 15 To 5. Ini suatu langkah menyongsang berbandingnegara ASEAN lain seperi Vietnam dan Filipina yang berkonfrontasi dengan kuasabesar Asia itu.  Apakah pembelian ini mampu meredakan tindakan provokatifChina terhadap perairan negara seperti yang berlaku di Beting Patinggi Ali(South Luconia Shoals) dan Beting Serupai (James Shoals). Kerajaan tidak harus memandangringan tentang keperluan TLDM ini yang mana dengan penurunan taraf ini , FlotilaSerang yang sudah sedia ada kekurangan pelantar penggempur, maka ia akanmenjadi bertambah kurang dan tiada bersengat lagi. Apa tindakan yang perlukerajaan ambil ialah bukan sahaja menggantikan pelantar yang terlibat malahkerajaan perlu menambah beberapa skuadron lagi yang bersaiz FAC M dan LCS bagimenampung kekurangan di posisi  serangan yang hanya berbaki 10 buahpelantar sahaja lagi.

  Angka ini tentunya sangat jauh dari angka mencukupibagi mengekang provokasi dan pencerobohan berbanding keluasan kawasantanggungjawab yang harus dipikul oleh TLDM. Perkembangan semasa krisis diPerairan  Timur Sabah telah memaksa sebahagian aset dipaksa berhijrahuntuk mengekang ancaman yang bersifat kemungkinan serangan akan berlaku danaktiviti penculikan dan perlanunan yang semakin agresif atas dasar balas dendamsekali gus menjadi satu sumber ekonomi yang lumayan bagi penceroboh dalam’perniagaan’ tebusan. Ini faktor mengapa aset akan diatur gerak ke Sabah bagimemagari setiap jalan laut yangdikira tersangat luas berbanding jumlah aset maritim penguatkuasa yangada.  Bagaimana jika dalam masa yang sama Perairan Semenanjung jugamenerima ancaman? Apakah dengan 10 buah pelantar dari flotila Serang yangberbaki mampu bertahan? Imaginasi yang sangat menakutkan jika negara tiba-tibaterjebak dengn kancah peperangan. Mungkin juga atas alasan semua ini mengapa PTLmerasa gusar dan timbulnya buah fikiran dalam melahirkan cetusan idea Transformasi 15 to 5 ini.

Ekoran daripada itu juga, kerajaan juga telah meluluskanmelalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk Armada TLDM dipecahkan kepada duayang mana pemerintahan Armada Barat di Lumut dan Pemerintahan Armada Timurterletak di Kota Kinabalu.Lima kelas kapal yang bakal mengisi armada TLDM adalah :1) Kelas LCS (Littoral Combat Ship).2) Kelas NGPV (New Generation Patrol Vessel).3) Kelas LMS (Littoral Mission Ships).4) Kelas MRSS (Multi-Role Support Ship).

5) Kelas Kapal Selam.Dibawah program ini, kapal latihan bakal menjadi kapalpertama ditamatkan perkhidmatan. Kapal kelas Laksamana yang akan menyusulselepas itu. Perlucutan perkhidmatan kelas Laksamana akan dibuat satu demi satuseiring dengan kemasukkan satu persatu kapal kelas LMS.

Begitu dengan nasib KapalPenyapu Ranjau (Mines Counter-MeasureVessels). Giliran penamatan tauliah dibuat berdasarkan faktor jumlahhari berada di laut dan kos penyelenggaraan sesebuah kapal. Sebanyak 18 buah LMS akan menggantikan beberapa kelas kapaldalam TLDM. LMS ini bakal melaksanakan tugasan rondaan, kawalan sempadan danseumpamanya. Oleh kerana memiliki bilangan kapal terbanyak, sudah pasti kospembinaan, penyelenggaraan dan operasi LMS akan dipastikan terendah. Selaindaripada kelas LMS, kelas MRSS turut menikmati kapal-kapal baru denganpenggantian sepenuhnya KD SRI INDERA SAKTI dan KD MAHAWANGSA. Tiga lagi kelasakan menerima tambahan daripada jenis NGPV kapal yang sedia ada.

Projek terkiniTLDM, LCS kini sedang dibina di limbungan Boustead Heavy Industries Corporation(BHIC), Lumut Perak. Sebagai kapal tempur permukaan tercanggih, TLDM merancangmenambah 6 buah lagi LCS tidak termasuk 6 buah yang sedang dan akan dibina. LCSini dibina berasaskan Kapal Korvet Kelas Gowind. Sebagai aset tempur bawah permukaan ternyata 2 buahScorpene tidak mampu meliputi keluasan perairan negara yang luas. Oleh itu TLDMmerancang menambah 2 buah lagi Scorpene. Mungkin antara kelas terakhir yangakan melengkapkan transformasi ini. Bukanlah rahsia kehadiran kapal selam mampumenggentarkan mana-mana armada laut walaupun dibarisi oleh Kapal PengangkutPesawat (Aircraft Carrier), KapalPemusnah (Destroyer) mahupun KapalSelam Penyerang (Attack Submarine).   Pelucutan tauliah kapal-kapal ini adalahsalah satu pendekatan penjimatan yang dilakukan bagi menukarkan kos senggaraanbagi kapal-kapal ini kepada untuk membiayai kos pembinaan kapal-kapal baru yangakan mengganti tempat kapal-kapal yang telah dilucutkan tauliah.

Langkah bijakini dilakukan memandangkan kos senggaraan dan kos operasi bagi kapal-kapal iniamat tinggi dan membebankan pihak kerajaan. Dengan lahirnya Transformasi 15 to5 yang di perkenalkan oleh Panglima Tentera Laut merupakan satu langkah bijakdari PTL dalam menyahut cabaran Kerajaan Malaysia untuk langkah penjimatandalam menguruskan dan mentadbir aset-aset TLDM.                                         Walaubagaimanapun, Transformasi 15 to 5 yang di perkenalkan oleh PTL tidak hanyatertumpu kepada transformasi kapal-kapal sahaja, namun akan membawa kepadaperubahan insfrastruktur yang lain.

Sebagai contoh tiga projek pembangunanprasarana telah disiapkan melibatkan Kompleks Kolej TLDM (KDSI1) yangberpangkalan di Lumut, Projek Pembangunan KD SRI SANDAKAN Fasa 3 dan ProjekPeningkatan Jeti Operasi di Lumut. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah keluargajuga turut dibina di pangkalan-pangkalan bagi memenuhi permintaan begitu tinggiterutamanya di pangkalan TLDM Malaysia Timur. Dengan penyusunan semula armada,akan lebih banyak kapal-kapal akan diatur gerak ke kawasan Malaysia Timur bagimenampung keperluan operasi. Ekoran daripada itu akan lebih banyak permintaanrumah keluarga yang akan diperlukan oleh anggota. Justeru, pelbagai cara danpendekatan telah dilaksanakan mengikut kesesuaian tertentu dari masa ke semasaberdasarkan keupayaan kepimpinan atasan. Era mutakhir, Navy Plan telahdiperkenalkan sebagai mekanisma mengukur prestasi pengurusan navypeople dengan menggariskan objektif-objektif strategik dan pengukuranterhadap sasaran penting bagi menentukan TLDM berupaya melaksanakan tugas dantanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

Anggota dan pegawai TLDM adalahmanusia biasa mempunyai keluarga dan fitrah kehidupan seperti manusia biasa. Datang dari pelbagai negeri, bangsa, etnik, anutan agama, budaya dan adat resamyang pelbagai sesuai dengan kemajmukan penduduk Malaysia. Mereka berhimpundalam kelompok yang besar menjadi satu keluarga navy people danmembentuk sub- budaya yang unik yang menjadi amalan dalam kalanganmereka.  Sub-budaya yang wujud dalam profesional ketenteraan umumnyabukanlah disasarkan untuk membunuh atau dibunuh semata-mata tetapi proses untukmencapai visi dan misi mungkin terpaksa menghadapi sesuatu yang lebih kompleks.3            4.

KESIMPULANKesimpulandari perbincangan di atas, TLDM dan Navy People adalahidentiti yang jelas terbentuk dari suatu kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyatMalaysia semasa negara masih di bawah penjajahan Kolonial dan berhadapan dengantentera Indonesia semasa kancah konfrontasi yang menceroboh melalui sungai danlaut. Laluan Selat Melaka di antara laluan tersibuk di dunia sebagai laluanperdagangan antarabangsa  yang memerlukan pemantauan yang tinggi dariancaman perlanunan di mana TLDM telah berjaya mengekang kegiatan tersebut dariberleluasa. Menabur bakti di perbatasan GSP dan AMBALAT demi sebuah kedaulatandengan mempertaruhkan nyawa tanpa gentar.  TLDM terus mara mencipta namamempersiapkan armada dan sahsiah warganya seiring menongkah arus kemodenanbersama. ProgramTransformasi 15 to 5 Armada TLDM adalah pendekatan padu dalam memastikankeupayaan Armada TLDM lebih efektif.

Transformasi ini akan membolehkan TLDMmempunyai armada yang berkeupayaan untuk terus berdaya tahan dari segi kospenyelenggaraan dan penjimatan kos operasi yang kian tinggi disamping melahirkantenaga mahir dari kalangan warga TLDM itu sendiri dalam memacu ke arahpengurusan logistik yang lebih baik dan mengikut acuan kita sendiri.41 https://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2016/03/152 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – MindaPertahanan3 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – MindaPertahanan4 http://min-def.blogspot.com/2012/05 – MindaPertahanan

x

Hi!
I'm Erica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out